Monday, May 16, 2016

Kain buruk pengalas kaki

Makin dekat hari nak pindah ke KL, makin kusut fikiranku. Makin kerap aku marah, makin cepat air mataku tumpah.

Fizikal dan mental terasa lelah Dan yang paling aku benci, bila dia yang sepatutnya memikul beban, tegar sekali menyakiti hatiku berulang kali.

Aku bukan bibik, aku bukan hamba abdinya. Kenapa layanan terhadapku sebegitu rupa? Mengapa aku sahaja yang perlu melakukan pengorbanan demi pengorbanan, sedangkan dia hidup seperti raja dalam istana.

Luka kali ini seperti tiada ubatnya lagi. Aku sudah lali dengan ucapan maaf yang tiada makna darinya. Bila diri ini dijadikan alas kaki, tak tertanggung lagi rasa sakit hati dan dendam ini.

Aku benci dia. Biarlah orang lain mengatakan aku tak sedar diuntung, aku tak reti bersyukur, aku manusia yang kufur nikmat. Sungguh aku benci dia. Dia tak pernah ada keinginan untuk berubah walaupun berbuih mulutku meminta agar dia berubah. Dia itu egois, dan sangat mementingkan diri sendiri. Kali ini aku tak akan mudah menerima permohonan maaf darinya. Biarlah aku menyepi. Aku tak rela berterusan disakiti dan semudahnya memaafi lagi.

Biarlah... aku perlu merawat hati ku sendiri.

No comments:

Post a Comment